Jadilah Kawan Chumel Saya

Showing posts with label BABY ICAD. Show all posts
Showing posts with label BABY ICAD. Show all posts

Wednesday, October 6, 2010

Irsyad Milestone


Tengok saja aksi si Icad ni.Ada saja keletahnya yang menghiburkan tak kurang juga yang hampir mengugat tahap kesabaranku ini.Bukan boleh tgk org pegang handphone pasti dia akan menposingkan diri depan kamera.Hahahaha...ada aja aksinya nayng dirakamkan.

Irsyad Milestone 1 tahun 4 bulan:

-dah tahu bezakan warna kasut sendiri dan memakainya sendiri walaupun terbalik kiri kanannya.
-memakai dan menanggal baju
-meminta susu sekira ia inginkannnya
-memberi botol susu kepada sesiapa setelah menghabiskannya
-tahu bila kita memberi arahan mandi
-tapi Irsyad belum boleh bercakap

Tuesday, August 10, 2010

Ragam Irsyad Danial Hakimi

Menyambut birthday nya yang pertama pada 12 Julai 2010 membuat ia semakin membesar dengan bijak dan lasak.Hohohoh..kalau tiada kesabaran mmg x terlayan karenahnya yang amat lasak Very hyper active kids ini budak.Banyak perangai baru yang ditunjuknya tetapi melayan karenah manjanya amat Maria suka.Tiada dia mungkin sunyi hidup ini.Selain tak takut kat orang (yang inilah amat kurisaukan,iye la sekarang kes culik budak berluasa) dah pandai merajuk.Huiii..susah nak pujuk kalau dia merajuk..




Irsyad milestone

-tumbuh gigi bermula pada usia 10 bulan.2 di bawah 4 diatas sekali gus.Nasib baik tak meragam
-mula berjalan pada 21 Jun 2010.Sangat teruja tau and his first walk berjaya dirakam
-he know when i says "No" "Don't" "Give to Mommy" "Close your eyes and sleep"







Sunday, July 11, 2010

HAPIE BIRTHDAY SAYANG

12 july 2010,anak terunaku dah menjangkau 1 tahun.Wah da besar anak terunaku,banyak perkembangan darinya.Dah pun pandai berjalan tinggal nak berlari. Nanti akan ku update beday party yang dibuat hanya bersama family.Selamat hari jadi sayang,moga menjadi anak yang soleh.

p/s:maria posting blog ni via hp jew.so teruk sikit rasanya.hu3..

Thursday, October 15, 2009

~"MUMMY TOLONG ICAD!!"~

"Mummy tolong Icad!!" mungkin ni Icad akan jerit kalo Icad boleh cakap.Cian anak Mummy ni kena jadi mangsa buli mak teh dia dan Mummy pun berkomplot dgn mak teh dgn menggambil gambar anak Mummy dok dlm bakul.Heheheheh..comey lak Mummy nengok anak Mummy dok beg bakul nenda ni.Tapi nanti Mummy cubit mak teh yea.Alaaaaaaaa..ciannya anak Mummy!!!Kena pada tajuk posting kali ni,Maria nengok dan dengar kat berita banyak kes buli terjadi kat Malaysia sampai jadi kes bunuh pun ada tapi kenapa ia terjadi dikalangan pelajar sekolah sampaikan student yang kena buli pun takut nak datang sekolah.Mereka ni juga takut nak menggadu yang mereka ni dibuli,skrg ni nak salahkan siapa student atau parents yang takk alert atas perubahan anak mereka.Tepuk tanya tanya selera.Lu pikir la sendiri bak kata Nabil Raja Lawak.


~POSING DULU SEBELUM KUAR~

Icad sempat lagi posing dulu sblm kuar p umah ibu & babah (a.k.a maklong & paklong a.k.a my cousin).Ni pun nenda Icad yang punya kije sbb Mummy dia tgh bersiap kat dlm bilik.Skrg ni pun dia tgh belajar nak meniarap, sibuk nak memusingkan badan dia tetapi belum berjaya gak dan wat sementara waktu ni.Masih memerlukan bantuan utk meniarap.Banyak yang Maria baca fakta ttg meniarap sesekali kala kena meniarapkan anak supaya kepalanya tak leper dan mencergaskan otak sbb masa ini otak anak sedangkan menghasilkan saraf-saraf yang baru.Tapi masa Icad tgh meniarap kena alert dgn dia takut lemas lak sbb dia  selalu sebam muka kat tilam.





~ICAD MAKAN~

Ni Icad tgh mkn buat pertama kalinya.Sian Maria nengok dia.So Maria bg la mkn biskut Minla Rusk bg sikit jew testing.Dia punya xcited la nak mkn...huhuhuhuh..Abis comot satu muka dia mkn ngan kepala dia tak reti nak dok diam semua org dia nak nengok.Aduhai..Tangan dia pun sibuk nak pegang sudu tu.Mak Usu dia lak tukang pegang Icad.Nengoklah betapa comotnya dia.Mangkuk Icad hadiah drpd bf si tukang pegang Icad.








Sunday, October 11, 2009

~ICAD HISAP JARI~

Maria pun tak ingat bila ia nya berlaku wat pertama kali.Masa tu Maria baru pas mandi tetiba Maria nampa dia tgh hisap jari.Apa lagi berkejaran Maria p cari kamera.Siap amik video lagi tau.Comel sgt Maria tgk Icad hisap jari dia.Pastu dah jadi kebiasaan nengok dia jari skrg ni.Sbb pantang puting dia jatuh pastu dia akan hisap jarinya.Comeynya anak Mummy.


 

~SI BOTAK ICAD~

Ni gambar terbaru Icad setelah dibotakkan rambutnya.Bila ku tengok lagi comey anakku ni botak dari berambut tapi Mummy still nak Icad ada rambut sbb senang Mummy nak gayakan Icad bg emcem,heheheeh...Bila Icad ni dah dibotakkan kepala baru nampak betapa bulatnya muka dia.Nampaklah badannya berisi sikit.Hari tu pergi klinik utk cucuk 3 bulan punya.Tapi anakku still steady bila dicucuk,tak nangis lama pun kejap jew pastu dia sambung tido sampai kat umah untie dia.Kuatnya anak Mummy,pandai dia.Beratnya yang terbaru 5.3 kg dan ketinggiannya 59 cm.No wonder la bila Maria dukung kejap jew udah naik lenguh tanganku ini.Huhuhuhuh...



~ICAD MANDI KOLAM~

Ni first experience Icad mandi kolam.Yang bestnya dia tak nangis pun dengan syarat puting tak terlepas dari mulut dia.Suka dia main air.Masa mula-mula nak masukkan Icad dalam kolam takut gak.Takut terlepas ke apa.Ye la budak baru masuk 3 bulan bukan reti bangun sendiri pun, huhuhuhu...Alhamduldillah,nothing happen.Yang makcik dia ni pun tompang mandi gak.Orang suruh dia jadi jurukamera dgn dia-dia terjun.Last kali bf dia yg amik alih sbg jurukamera.Lepas tu dgn jurukamera ganti pun terjun kolam.Kurang asam boi punya budak..Tengok je la aksi Icad main air.Muka tak bersalah langsung.Menambahkan beratnya Icad disebabkan oleh diapers yang dipakainya.Diapers yg khusus utk mandi kolam tak beli pun lagi.Cadang hari tu nak capai satu tapi tak tercapai-capai gak impian nak simpan satu.Takper lain kali terlintas jew depan mata terus kebas..huhuhuhuhuh...

Meh kita nengok aksi Icad (&Mummynya) mandi kolam 




Saturday, October 10, 2009

~ICAD CUKUR RAMBUT~

Hemm..masa raya hati 25 September 2009 selamat sudah kepala Icad dibotakkan oleh Umminya a.k.a my mom.Ambil masa dekat sejam jugaklah nak botakkan kepala.Acara cukur kepala tak buat kenduri pun.Nanti kenduri aqiqah je buat.Insyaallah.Sambung balik al-kisah cukur rambut Icad ni,mmg la susahnya sbbnya anakku yg sowang ni tak reti nak duduk diam.Botol susu pulak kena sentiasa disisi.Puting kosong kat sisi sbg persediaan bila dia da mula terasa rimas.Icad ni tak suka kepalanya dipegang orang,bila ada org pegang kepala mula dia meronta-ronta minta dilepaskan..huhuhuhh



 

Ni jew gambar yang sempat diambil oleh Pak Usunya a.k.a adik lelaki ku yang bongsu sbb Pak Usunya sibuk dengan game.Geram lak den,karang den catu "beruk band" baru tau!!!

~ICAD & BAJU RAYANYA~

Icad dan baju rayanya yang jenuh den mencari saiznya.Baju melayu pun terpaksa di oter lengan dan panjang seluar sbb panjangnya dah tak nampak tangan dgn kaki dia.Nasib baiklah dia tak menggamuk rimas sbb dipakaikan baju melayu ni.Bertahanlah sampai ke ptg.Apa yg sedihnya Mummy tak sompat nak amik gambar pakai baju raya sedondong dgn Icad sbb Mummy bizi bangat kat dapur sambil melayan tetamu yg tak putus-putus.Waaaaaaaaaaaaaaaa......penatnya raya pertama tu.Apa-apa pun Mummy tabik spring la kat anak Mummy ni tak nangis-nangis pun bila ditinggalkan Mummy bersama makcik-makciknya sewaktu Mummy mu ini sibuk di dapo..Cian anak Mummy sampai tetido tunggu Mummy.Takpe apa yang penting poket anak Mummy ni penuh.Ni la untungnya ada anak kecik.Betoi tak Mummy?Tak caya nengoklah je poket baju melayu Icad,tu baru sikit yang selebihnya dalam handbeg Mummy.Ngeh3..

 

Thursday, September 3, 2009

~PIC BARU ICAD~

NI LAK PIC NGAN MOMMIES..ICAD LOM GET READY UNTIE DAH SNAP..NI PIC MASA NAK P NENGOK NENDA..UHUHUHUHU...

PIC NI LAK MASA KAT TIMES SQURE NENGOK UNTIE2 ICAD & MEMBER DIA MAIN BOWLING..UNTIE BG EAR PHONE TU SBB BISING SGT TAKUT ICAD TAK LEH TIMER..TAPI COMEY TAK ICAD PAKAI MENDA NI??? YANG PENTING PUTING TAK TINGGAL

INI ICAD DLM KETA NAK P NENGOK NENDA KAT HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH.TAPI ICAD TAK DAPAT NAIK SBB TAK BLH.NENDA YG TURUN TGK ICAD DLM KETA..CIAN NENDA..

~STROLLER BARU ICAD~


NI HAH STROLLER BARU ICAD.. WWAWAWAWAWA.. AKHIRNYA DAPAT GAK STROLLER 3 RODA.. YANG BERKENAN JENAMA QUINNY BUZZ TAPI MAHAL SANGAT SAMPAI RM2000++ P JUSCO ONE UTAMA TERNAMPAK LAK JENAMA SWEET CHERRY,HARGA PUN BERPATUTAN RM 400++..APA LAIE TEGHUS LA CAPAI SEBIJI..YANG BEST LAGI TERUS PAKAI...NGEH..NGEH..NGEH