Jadilah Kawan Chumel Saya

Showing posts with label KEK. Show all posts
Showing posts with label KEK. Show all posts

Saturday, February 27, 2010

~BLUEBERRY CHEESECAKE~

Kali ni Maria nak bagi resipi BLUEBERRY CHEESECAKE.Tak pernah cuba pun,tgk mcm sedap.Nanty kalo ada mood RAJIN Maria cuba buat.Maria x pernah cuba buat cheesecake,mcm susah je nak buat.My mom suka sgt makan cheesecake.Delicious.Meh kita ramai-ramai cuba noh>>dr sini MYRESIPI

Resipi Blueberry Cheescakes

Bahan-bahan ( 5org )
  • 24 kpg biskut (tanpa krim kat tengah)
  • 50g non-salt butter (dicairkan)
  • 200g blueberry (dlm tin pon bole)
  • bhn A: 30g gula, 2 sudu teh perahan lemon, 1/4 cwn air
  • 120g creamcheese
  • 30g gula halus
  • 70cc (atau ml) plain yogurt
  • bhn B: 2 sudu teh serbuk gelatin dan 2 sudu besar air
  • air perahan lemon 

Cara-cara


  1. biskut dihancurkn. Kalo mahu mudah boleh guna pengisar. Kemudian masukkan non-salt butter yg telah dicairkan kedlm biskut yg telah hancur tadi.
  2. gaul rata biskut dan butter.Pindahkn ke dlm acuan kek. Tekan dgn tapak tgn supaya biskut td rata ke seluruh bekas. Tutup dgn wrapping paper dan masukkan dlm peti ais(bukan yg sejuk beku).
  3. Bhn A dimasukkan kedlm periuk dan dipanaskn sebentar.Seelok2 nya sampai pekat sikit. Setelah itu dibiarkn sejuk.
  4. bhn B: gelatin dicairkn dlm air. Ketepikan.
  5. dlm bekas yg lain, campurkn gula halus dgn cream cheese. pukul sampai lembut.
  6. masukkan yogurt. Kacau rata.
  7. 1/3 blueberry yg telah disediakan pd awal td dimasukkn dlm adunan. kacau rata. Kemudian masukkn separuh dr gelatin yg telah larut td. (jika gelatin berketul, panaskn dlm 1minit dlm oven) .Rasa sedikit bancuhan.Kalau perlu nk tambah jus lemon pon ok.
  8. curahkn adunan dlm bekas yg berisi biskut td.bekukan dlm peti ais( tempat sejuk beku). Bila dh beku, ikut step seterusnya.
  9. baki blueberry dicampurkn dgn baki gelatin, kacau rata. Tuangkn diatas lapisan pertama yg dh beku td.
  10. lepas diratakn keseluruh bekas, sejuk beku kn sampai la kek ni betul2 keras. Lepas tu boleh la dimkn masa sejuk2.
  11. tips: ms nk kuarkn kek ni dr bekas kdg2 susah skit. Kalo nk senang, tekapkn bekas kek dgn kain(atau tuala kecil) basah yg telah dipanaskn dlm oven sebentar. Kemudian baru keluarkn kek.

Wednesday, February 24, 2010

~KEK COKLAT~

Entah tetiba rajin lak nak buat kek.Pi dapo geledah bahan apa yang ada.Huhuhuhuh...Maria suka bake cake ni tinggal RAJIN dan MALAS je tapi selalu perkataan MALAS yang meguasai diriku ini.Hahahah...ok ni antara
kek yang dipotong dan sempat diabdikan sebagai kenangan.Chewaaah...selamat mencuba.

Resipi Kek Coklat

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk