Jadilah Kawan Chumel Saya

Showing posts with label BEAUTY TIPS. Show all posts
Showing posts with label BEAUTY TIPS. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

Beauty Tips : DIY Masker Buah Buahan

Ada sesapa suka pakai masker kat muka? Angkat tangan,kaki dan kepala lutut anda. Bagus. Ok kali ni Cik Ton  nak share pasal DIY Masker. Home made masker ok. Anda pasti teruja untuk memcubanya ye dak.Tipulah kalau nak mo cuba. Ia akan membuat kulit muka bertambah cerah dan cantik. Ok buah apa yang korang nak Cik Ton buat jadi masker buatan ni. Buah tomato,ceri,epal or durian. ** eh ada ke masker durian 

MENGAPAKAH ANDA PERLU MEMBUAT MASKER PADA WAJAH

1. Dapat menyerap minyak berlebihan pada wajah
2. Memberikan kelembapan pada kulit wajah
3. Menggantikan sel sel kulit mati pada wajah

TIPS MEMBUAT MASKER

1. Pilih masker yang bersesuai dengan kulit wajah anda
2. Apabila anda memiliki kulit yang kering, pilih masker yang mampu melembabkan wajah anda. Begitu juga sebaliknya
3. Pilij juga masker yang mampu menghilangkan kulit mati sekaligus menegengkan kulit anjal
4. Selalu bersihkan wajah secara menyeluruh setelah menggunakan masker untuk mendapatkan kesan maksimum dari masker wajah yang dibuat sendiri dirumah

STRAWBERI


ni kalau dapat cicah cokelat shodap ni

Masker Strawberi

Sebagai buah yang kaya dengan vitamin C, strawberi mempunyai kandungan acid salisilat. Didalamnua turt terkandung vitamin E dan K yang sangat baik untuk kulit. Khasiatnya juga dapat menegangkan kulit muka anda. Pasti kulit anda nampak lebih remaja.

Cara membuatnya dan menggunakannya

- Hancurkan buah starwberi menggunakan sudip atau garfu
-Kemudian ditambahkan dengan 1 sudu teh madu 
-Oleskan pada wajah
-Biarkan selama lebih kurang 20 minit
-Bersihkan dengan air suam atau air mawar.Gunakan  kapas untuk tekstur yang lebih lembut

AVAKADO


x pernak makan pown

Masker Avakado

Avakado amat sesuai untuk kulit kering **macam Cik Ton. Kaya dengan asid amino dan vitamin. Ia bermafaat untuk melembabkan kulit. Anda yang ingin terus mengekalkan keremajaan kulit avakadi adalah yang terbaik untuk dijadikan masker muka.

Cara membuat dan menggunakan

-Hancurkan isi buah avakado
-Oleskan pada wajah selama 30 minit
-Bilas dengan kapas dan air suam untuk membersihkan masker dari wajah anda

PISANG


 kalau sembelit pun ada gunanya

Pisang adlah sejenis buah yang boleh di pelbagaikan menu masakkan . Namun begitu pisang juga boleh bertindak dan memberikan kulit yang sihat. Tahukah anda masker yang diperbuat daripada pisang mampu memberikan kulit wajah yang lembab dan anjal? Anda harus memcubannaya kerana pisang amat mudah dan murah untuk didapati

Cara membuat dan menggunakannya

-Ambil sebiji pisang dan hancurkan buahnya
-Tambah minyak zaitun atau madu oada buah pisang yang dihancurkan 
-Oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 minit
-Bersihkan wajah dengan kapas yang telah dibasahi dengan air suam

EPAL

epal hijau bukan Cik Epal ok

Masker Epal

Kandungan pada epal hijau dapat membantu mengurangkan minyak pada wajah. Anda yang sering kali berhadapan dengan masalah kulit wajah  yang berminyak adalah  lebih baik mengamalkan masker epal buatan sendiri 

Cara membuat dan menggunakan

-Hancurkan buah epal menggunakan masin pengisar. Jangan tambahkan air ketika buah epal dihancurkan
-Secara rata pada wajah dan biarkan selama 30 minit
-Bilaskan dengan air suam. Lihat hasilnya

TOMATO
tomatoman

Masker Tomato

Warnanya yang merah dengan sedikit rasa masam dapat diaplikasikan pada seraut wajah.Tomato mampu memberikan kulit wajah anda agar tampak halus dan mulus

Cara membuat dan menggunakannya

-Hiriskan buah tomato kepada 2 bahagian
-Gosokkan pada wajah
-Cara lain adalah dengan memerah buah tomato ambila airnya untuk dioleskan pada wajah
-Biarka selama 5 minit,kemudian bilas dengan menggunakan air suam 

BETIK


Betik antara sejenis buah yang mampu melancarkan sistem pencernaan. Namun begitu betik juga mampu menrangsangkan sel kulit baru pada wajah dan untuk mengurangi kedutan halus pada seraut wajah. Dalam masa yang sama betik boleh menghilangkan sel kulit mati

Masker Betik

Cara membuat dan menggunakannya

-Ambil sebiki betik yang kekuningan 
-Oleskan secara merata pada wajah selama 15 minit
-Bilaskan dengan air suam dan keringkan wajah anda
  

KREDIT PADA MAJALAH DARA
EDISI 110 - OGOS 2011



Wednesday, August 17, 2011

Beauty Tips : Contact Lens @ Kanta Lekap

Zaman sekarang kanta lekap seperti keperluan dalam bergaya tanpanya mungkin tidak lengkaplah gaya tapi tidak semuanya yang memerlukan hanya sesetengah golongan sahaja terutama sekali remaja masa kini.Bagi saya pun ia bagai satu keperluaan dalam bergaya.Sebelum memakainya anda perlu tahu apa sebab musabab kenapa anda pakai kanta lekap, cantik atau mengantikan cermin mata yang remeh.Bagi saya ia sekadar untuk bergaya bukan penganti cermin mata tapi perlu diingat KEBERSIHAN dalam penjagaan kanta lekap amatlah penting bagi menggelakkan jangkitan yang tidak ingini.Ingat itu terpulang pada anda.

Tip dalam menggayakan kanta lekap :

1. Bagi pengguna baru, anda tentu keliru bahagian dalam atau luar kanta lekap. Perbezaan mungkin tidak ketara pastikan ia kelihatan seperti separuh bola.Letakkan kanta lekap pada jari hingga terbentuk yang dikatakan.Kemudian, bawakan kanta lekap dengan bahagian dalam cawan menghadap mata anda. Jika kanta lekap yang dipakai berbentu U sempurna,bermaknalah itulah posisi betul.

Sesetengah kanta lekap mempunyai tanda leser, misalnya jenama produk. Ini juga boleh membantu menentukan bahagian dalam dan luar kanta lekap.

2. Pastikan anda membasih tangan dengan sempurna sebelum memakai kanta lekap. Elak menggunakna sabun yang terlalu banyak kandungan pewangi, minyak atau produk yang mengandungu lanolin yang boleh melekat pada permukaan kanta lekap. Sesetengah doktor menasihatkan supaya memakai kanta yang sama pada mata yang sama.

3. Pastikan juga peralatan untuk kanta lekap dalam keadaan sentiasa bersih. Sekiranya nada erada didepan sinki,pastikan anda menutup lubang sinki dengan tisu bersih bagi menggelakkan ia terjatuh kedalamnya,

Green Color Contact Lens

Brown Color Contact Lens

Black Color Contact Lens



Monday, August 15, 2011

Beauty Tips : Maybelline Sharpness Eyeliner

Kalau sesiapa yang gemarkan koleksi Maybelline mungkin sudah ada sebatang eyeliner ni.Cantik terletak eyelinernya.Dok cari sekitar sini belum jumpa cari nak cuba dapatkan sebelum raya ni.


Beauty Tips : 7 Tip Kekalkan Solekkan Pagi Anda

Untuk memastikan solekkan ada sentiasa nampak segar bugar seperti solekkan pagi anda,disini saya bagi tip.Enjoy

1. Pastikan Wajah Anda Dibersihkan Terlebih Dahulu
Jangan sesekali menyegarkan solekkan semalam tanpa mencuci wajah anda terlebih dahulu.Anda perlulah mencuci wajah dengan sempurna sebelum  tidur dan gunakan sekali penyegar untyk membuang lebihan minyak yang telah terjadi sewaktu anda tidur

2.Gunakan Pelembap Yang Betul
Memilih pelenbap yang betul atau sesuai dengan jenis kulit adalah sangat penting.Jangan lupa untuk memakai pelembap seklai dengan SPF 15 atau lenih untuk mekindungi kulit anda dari sinaran matahari.Inilah rahsia menggekalkan kecantikkan kulit untuk menggurangkan tanda tanda penuaan dan masalah kerosakkan  kulit akibat cahaya matahari.

3.Gunakan Make up Asas Untuk Melembutkan Kulit 
Mekap asas mampu memenuhi ruang kedutan pada wajah anada.Apabila garisan dan kedutan ini berjaya ditutup,barulah solekkan boleh diaplikasikan dengan sempurna.Bahkan,mekap asas juga mampu meminimumkan wrna kulit yang tidak rata,kesan kemerahan dan masalh bengkak  bawah mata.

4. Sapulah Bedak Asas Dengan Sempurna
Pilihlan bedak asas yang terbaik dan sesuai dengan keadaan dan jenis kulit anda.Sapukan dengan rata sama ada dengan span atau jari sendiri.Kalau boleh,cubalah produk yang berasakan mineral utk hasil yang ebih baik.

5. Gunakan Bedak.
Selepas selesai meratakan bedak asas,jangan lupakan untuk memakai bedak lutsinar utk menyudahkan.Bahkan ia juga bertujuan utk menggekalkan ketahanannya akibat kulit berminyak.Sapukan bedak ini pada kelopakmata juga demi menggawal penghasilan minyak yang sering berlaku di bahagian tersebut.

6. Elakkan Menyentuhkan Kulit Muka Anda
Cuba kawal diri anda agar tidak memegang atau menggosokkan mata anda sepanjang hari.Sentuhan ini bukan hanya mencomotkan solekkan malah minyak dan kekotoran pada jari juga mudah dipindahkan pada wajah.Inilah punca yang menyebabkan solekkan tidak mampu bertahan lama.

7.Touch up Bila Perlu
Mengemaskan kembali solekkan terutama sebelum anda keluar rehat adalah perlu.Sapukan sedikit bedak di bawah dan serap lebih minyak dengan kertas kedap minyak.Anda boleh menyapukan kertas ini di zon-T wajah agar solekkan kembali nampak segar.Sapukan bedak lutsinar dengan cara menekap bukannya dengan menggelap.Ambil juga masa untuk menambahkan kembali gincu dan ya,anda kini sudah boleh keluar.

kredit to Majalah Rapi