Jadilah Kawan Chumel Saya

Wednesday, October 12, 2011

Contest! Contest! Contest!

STICKY MOOD ENTRY,SILA ROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY BARU

13 SEPTEMBER 2011- 30 SEPTEMBER 2011
~~ NILAI HADIAH MUNGKIN BERTAMBAH ~~



Tuesday, September 13, 2011

Beauty Tips : DIY Masker Buah Buahan

Ada sesapa suka pakai masker kat muka? Angkat tangan,kaki dan kepala lutut anda. Bagus. Ok kali ni Cik Ton  nak share pasal DIY Masker. Home made masker ok. Anda pasti teruja untuk memcubanya ye dak.Tipulah kalau nak mo cuba. Ia akan membuat kulit muka bertambah cerah dan cantik. Ok buah apa yang korang nak Cik Ton buat jadi masker buatan ni. Buah tomato,ceri,epal or durian. ** eh ada ke masker durian 

MENGAPAKAH ANDA PERLU MEMBUAT MASKER PADA WAJAH

1. Dapat menyerap minyak berlebihan pada wajah
2. Memberikan kelembapan pada kulit wajah
3. Menggantikan sel sel kulit mati pada wajah

TIPS MEMBUAT MASKER

1. Pilih masker yang bersesuai dengan kulit wajah anda
2. Apabila anda memiliki kulit yang kering, pilih masker yang mampu melembabkan wajah anda. Begitu juga sebaliknya
3. Pilij juga masker yang mampu menghilangkan kulit mati sekaligus menegengkan kulit anjal
4. Selalu bersihkan wajah secara menyeluruh setelah menggunakan masker untuk mendapatkan kesan maksimum dari masker wajah yang dibuat sendiri dirumah

STRAWBERI


ni kalau dapat cicah cokelat shodap ni

Masker Strawberi

Sebagai buah yang kaya dengan vitamin C, strawberi mempunyai kandungan acid salisilat. Didalamnua turt terkandung vitamin E dan K yang sangat baik untuk kulit. Khasiatnya juga dapat menegangkan kulit muka anda. Pasti kulit anda nampak lebih remaja.

Cara membuatnya dan menggunakannya

- Hancurkan buah starwberi menggunakan sudip atau garfu
-Kemudian ditambahkan dengan 1 sudu teh madu 
-Oleskan pada wajah
-Biarkan selama lebih kurang 20 minit
-Bersihkan dengan air suam atau air mawar.Gunakan  kapas untuk tekstur yang lebih lembut

AVAKADO


x pernak makan pown

Masker Avakado

Avakado amat sesuai untuk kulit kering **macam Cik Ton. Kaya dengan asid amino dan vitamin. Ia bermafaat untuk melembabkan kulit. Anda yang ingin terus mengekalkan keremajaan kulit avakadi adalah yang terbaik untuk dijadikan masker muka.

Cara membuat dan menggunakan

-Hancurkan isi buah avakado
-Oleskan pada wajah selama 30 minit
-Bilas dengan kapas dan air suam untuk membersihkan masker dari wajah anda

PISANG


 kalau sembelit pun ada gunanya

Pisang adlah sejenis buah yang boleh di pelbagaikan menu masakkan . Namun begitu pisang juga boleh bertindak dan memberikan kulit yang sihat. Tahukah anda masker yang diperbuat daripada pisang mampu memberikan kulit wajah yang lembab dan anjal? Anda harus memcubannaya kerana pisang amat mudah dan murah untuk didapati

Cara membuat dan menggunakannya

-Ambil sebiji pisang dan hancurkan buahnya
-Tambah minyak zaitun atau madu oada buah pisang yang dihancurkan 
-Oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 minit
-Bersihkan wajah dengan kapas yang telah dibasahi dengan air suam

EPAL

epal hijau bukan Cik Epal ok

Masker Epal

Kandungan pada epal hijau dapat membantu mengurangkan minyak pada wajah. Anda yang sering kali berhadapan dengan masalah kulit wajah  yang berminyak adalah  lebih baik mengamalkan masker epal buatan sendiri 

Cara membuat dan menggunakan

-Hancurkan buah epal menggunakan masin pengisar. Jangan tambahkan air ketika buah epal dihancurkan
-Secara rata pada wajah dan biarkan selama 30 minit
-Bilaskan dengan air suam. Lihat hasilnya

TOMATO
tomatoman

Masker Tomato

Warnanya yang merah dengan sedikit rasa masam dapat diaplikasikan pada seraut wajah.Tomato mampu memberikan kulit wajah anda agar tampak halus dan mulus

Cara membuat dan menggunakannya

-Hiriskan buah tomato kepada 2 bahagian
-Gosokkan pada wajah
-Cara lain adalah dengan memerah buah tomato ambila airnya untuk dioleskan pada wajah
-Biarka selama 5 minit,kemudian bilas dengan menggunakan air suam 

BETIK


Betik antara sejenis buah yang mampu melancarkan sistem pencernaan. Namun begitu betik juga mampu menrangsangkan sel kulit baru pada wajah dan untuk mengurangi kedutan halus pada seraut wajah. Dalam masa yang sama betik boleh menghilangkan sel kulit mati

Masker Betik

Cara membuat dan menggunakannya

-Ambil sebiki betik yang kekuningan 
-Oleskan secara merata pada wajah selama 15 minit
-Bilaskan dengan air suam dan keringkan wajah anda
  

KREDIT PADA MAJALAH DARA
EDISI 110 - OGOS 2011



Monday, September 12, 2011

Percutian Hujung Tahun

Wow hujung tahun da nak sampai ni.Rancang nak p vacation with family tapi ramai yang memberi tempat percutian.Dah tak tahu mana nak p.Banyak ni.Hermmm,,rerasa korang nak p mana yea.Cik Ton nak p Genting Highland,dah lama tak p sana.Nak rasa sejuk ala ala kat London tu. **nak p London x mampu. Adik Cik Ton yang belajar kat Kelantan nak p Port Dickson.Apa yang ada kat sana yea.Setakat pantai pastu mandi pantai and apa lagi.Kalau setakat Ladang Burung Unta tu ada la.Mak Cik Ton nak p Langkawi.Langkawi pun banyak tempat nak p,tapi pantai.Ka tempat Cik Ton pon ada pantai.Rumah Cik Ton dekat dengan Pulau Pinang bebila masa je nak p pantai pun boleh.Dekat bebenor.Wah ni boleh timbul konflik between us ni.Macam mana yea.

VACATION PLACE




Retis : Shaheizy Sam

Dah lama dah jatuh cinta dengan mamat ni.Sebelum dia jadi artis paling popular lagi.Sama jugak dengan kakak serta mummy dia yang cantik meletop kau memang debom **hemmmm,,lama tak dengar citew pasal kakaknya. Filem filem memang Cik Ton x miss.Last cerita dia Cik Ton tengok "SEKALI CINTA" memang beshhhhh la.Chumel jew dia belakang as a autisme boy. Cik Ton diantara penyumbang besar cerita ni **yelah 3 kali nengok wayang citew ni.Cerita bari dia lak "BINI BINIKU GENGSTER" akan menemui peminat macam Cik Ton ni pada 22 September 2011.Kalaau nak tahu maklumat lanjut buleh view belog Cik Epal, kipas susah mati Shaheizy Saml.Nak mo citew panjang panjang kang orang meluat kat Cik Ton punya belog lak.

Kalau nak tau maklumat lanjut pasal 









Resipi : Cupcakes Coklat Simple

Wah Cik Ton kalau datang rajinnya mulalah membakery **buruk nor perkataan membakery tapi korang perasan tak yang Cik Ton asik buat kek cekelat tak da kek lain kew? Bukan x nak buat kek lain selain kek cekelat.Kalau buat kang kek tu memang tak jalan,last sekali Cik Ton yang abiskan.Humm,,bila nak kurusnya.Memang x la kalau asik buruk lantak jew.Uhukkkk..


CUPCAKES COKLAT SIMPLE

blur je pic ni sbb tangkap pakai hp jew **tgh kumpul duit nak beli kamera dslr >>cita cita ni

Bahan bahan

5 biji telur gred A (dari peti sejuk)
1 1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovellate
150 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam 
1 sudu kecil esen vanila 
60 gram serbuk coklat
 (kalau nak lebih rasa coklat tambahlah tapi jgn banyak sgt nanti pahit jadinya)
1 sudu besar sunquick (optional)

Cara cara

1. Ayak tepung gandum,baking powder dan serbuk coklat.Ketepikan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang.Kemudian masukkan ovellate pukul hingga kembang dan gebu dan masukkan minyak gaul hingga sebati
3. Masukkan pula bahan yang diayak berselang seli dengan susu,esen vanila dan garam 
4.Masukkan sunquick dan gaul sebati.
4. Tuangkan aduana didalam mangkuk kertas dan kukuskan didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 15 minit
5. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan sebentar. Hias menggikut kreativiti

SELAMAT MENCUBA

Saturday, September 10, 2011

Hari Meronggeng Sedunia

Kejadian ini berlaku a few month ago,tak kisah orang nak cakap cerita dah basi atau berkulat serta da tumbuh cendawan sekali pun,Cik Ton tetap nak masukkan kat dalam new entry Cik Ton,kakakakakaka.. **gelak iblis yang direjam Seronok bila dapat keluar beramai ramai macam ni.Tempat kitaorang lepaking x adalah mall besar macam Mid Valley,Pavillion or The Garden tu sekadar Kulim Landmark je. Jalan pandang sebelah mata kat tempat ni,even tempat dia x besar macam tempat tempat diatas,berjalan pon x da la sampai lenguh kaki,Cik Ton tetap bangga kat tempat secoek Cik Ton ada mall yang tak berapa besar.Macam macam ada kat situ,korang nak tengok wayang, Big Cinema dengan suka hati telah membukanya disitu. Nak main boling Ole Ole Bowling dengan kadar segera menyediakannya. Korang nak karaoke dengan bangga telah disediakan pihak Kulim Landmark.

Itu baru cerita bab nak enjoy.Kalau korang nak makan,apa yang korang nak makan.Secret Recipes yang tak berapa nak secret ada pown disediakan.A&W , KFC, Ayam Penyet, Claypot, Pizza Hut semua ada,cuma kalau korang nak makan McD kena jalan kedepan sikit, 10 minit dari Kulim Landmark. **ini kalau jalan kaki,kalau naik kete atau yang seangkatan dengan 2 minit je. 

Hah apa lagi,kalau korang  rasa tak nak balik rumah sebab malaih nak balik rumah.Betul betul sebelah Kulim Landmark telah dibuka sebuah hotel termuka lagi best dan cantik iaitu Tune Hotel.Buatlah macam bilik kat rumah korang.Semalam Cik Ton x tau berapa dorang incharge sebab belum pernah stay kat sinun.Tapi dari apa yang Cik Ton nengok kat web side depa tak adalah mahai sangat,mampu milik la bak kata orang.

Dah abis da Cik Ton citew pasal kebeshannn Kulim Landmark tu,meh Cik Ton cerita aktiviti Cik Ton dan kekawan Cik Ton kat Kulim Landmark.Dimulai dengan kitaorang karaoke tak henggat yang perasaan suara macam Siti Nurhaliza bagai.Memang besh dapat karaoke dengan dorang semua ni.Ada Cik Ton kisah kalo sora Cik Ton x sedap.Lepas tu kitaorang jalan jalan dengan sukahati sambil menjamu mata.Dah letih berjalan p pulak lepak kat food court makan apa yang patut. Cik Ton memang suka makan Mee Yee Hotplate ni,shedap meh.Puas la makan dengan kadar Rm5.90 extra ayam,memang tak henggat la kan.Sesudah perut memasing diisi dengan lahap kononya nak p pantai yang berhampiran nak snap picture and menenangkan fikiran tapi terpaksa dibatalkan kerana org yang drive kereta kena balik dengan kadar segera.

Hurmmmm,,,apa nak buatkan mak suruh balik.Tinggai Cik Ton bertiga dan kitaorang amik keputusan nengok wayang cerita Khurafat.Seram gak la citew.Sampaikan esoknya tak p keje tapi bukan sebab takut nengok citew ni,tapi sebab semput Cik Ton datang tak kenal masa.uhukkkkk....dan timbullah gosip kat tempat kijew menggatakan Cik Ton demam sebab tengok citew Khurafat.Hampeh tolll...


INILAH KULIM LANDMARK TU

GAMBAR DIBAWAH ADALAH GAMBAR KENANGAN BERSAMA MEREKA

 Merekalah geng ronggeng sedunia Cik Ton : Cik Ayu, Cik Eyma dan Cik Ieda Gonzales ** Cik Ton yng letak nama Gonzales tu

 bersama mereka yang gojes gojes

 senyum tak perlu kata apa

 exceli ni uma Cik Ieda Gonzales dengan suka hatinya kitaorang buat macam photoshoot studio.mintak ampon mak cik

 dan lagi kami beraksi 

 chantekkan mereka ni.kalau berkenan nak amik mereka model ke apa.contack Cik Ton nanti Cik Ton aturkan **wah da macam PA retis



 masa mengisi peyut dengan lahap dan kurang sopan. ** korang perasan tudung Cik Ton da tukar kaler.hihihih

nengok cerita Khurafat time