Jadilah Kawan Chumel Saya

Friday, September 9, 2011

Irsyad Danial Hakimi : Masuk Hospital

Baru balik dari bercuti selama 3 hari 2 malam di Hospital Kulim.Waaaaaaaaa,,, sangat penat mengginap disana. Anak bujang Cik Ton kena tahan wad sebab ada jangkitan pada paru paru,sudah 4 hari demam tak kebah kebah.Bawak ke klinik sudah,bawak ke hospital sudah.Tak juga baik.Akhir amik keputusan pada 6 September pergi balik hospital pada pagi tu,buat pemeriksaan lanjut dan x ray,disyaki ada pada paru paru.Risoooo...

Hurmmm,,, masuk je wad.Lagi sekali pemeriksaan rapi dibuat oleh doctor yang bertugas.Ramai jugaklah budak budak kena admit bulan bulan raya ** kesian mak mak budak tak dapat raya .Selesai check up, Cik Ton anak beranak di hantar ke katil pengginapan tu.Tak tidur boleh menempat Cik Ton dan anak dalam satu katil budak tu  **nasib Cik Ton ni tak beso mana. Dah letak barang nurse panggil insert line kat tangan anak,Cik Ton disuruh keluar,yelah mak mak ni kan mudah sayu bila anaknya melalak sakit sebab kena cucuk. Bai menggelakkan keadaan lebih buruk lebih baik disuruh kuar emaknya.

Selama 3 hari 2 malam segala pemeriksaan dibuat dengan lanjut.Doctor pakar kanak kanak yang mengguruskan wad tu sangat friendly person tak la macam cerita doctor kerajaan yang sangat menggerunkan. **sebelum ini Cik Ton setia dengan Pusat Perubatan Universiti Melaya (PPPUM) . Habis dah pindah ke utara ni pergi je la mana hospital yang disediakan kerajaan.For me everything is okey as a government hospital. **jangan mengharap macam stay kat hospital swasta. Cuma satu je tak best kedai serbaneka mak aii punya la mahai menggalahkan kat DEMC punya shop.Ayooooo....amma appa.

RATE :
Hospitality : 3 star
Food : 2 and half star
Doctor and hospital staff : Friendly
Check up : 4 star
Bill : 5 star, only Rm14.50 **manyak mulah looo

AKSI AKSI IRSYAD DI HOSPITAL











No comments: