Jadilah Kawan Chumel Saya

Friday, September 9, 2011

Filem : Hantu Bonceng

Masa raya ke berapa ntah p la nengok citew Hantu Bonceng.Nengok iklan macam best, baca preview filem ni dari belog Cik Epal pon best. Dengan penuh semangat waja dan jati dirinya,Cik Ton mengheret anak CikTon serta sahabat Cik Ton iaitu Cik Jijah dan keluarganya pergi nengok citew ni.Kat mana tah tak sempat nak nengok apa nama mall yang JB tu,eksited meh. Uikkkkkkssssss,,,bukan main ramainya manusia pergi nengok citew ni nasib baik sempat p grab tiket yang tinggal tak seberapa tu. **ini yang part paling best.Cik Ton tak yah deme belanja Cik Ton. Sementara nak pintu balai ketibaan penonton terbuka sempat la p ronda ronda sekitar mall yang tak berapa nak besar tu.

Sempat Cik Ton singgah ke Watson jap bukan Watson Nyambek ok. Orang pompuan kalau masuk tempat gini selalu terjah ke ruang alat solekkan.Cik Ton yang gila kan alat solek ni rambang bijik mata nengok benda benda ni,rasa nak beli semua yang ada kat bijik mata ni.Amik punya amik,nak p bayo semua Rm 79.65,ayoyo..yenadey.Apa yang Cik Ton beli ni.Masa ni la dak cashier offer Cik Ton kad VIP Watson,torang punya torang Cik Ton setuju mengambilnya dengan yuran keahlian sebanyak Rm12.00.Nanty Cik Ton buat entry pasal ni ok.

Almost 20 minit kami nunggu akhir pintu balai ketibaan untuk pengunjung dibuka.Nak cari set pun macam macam karenah yang buleh Cik Ton nengok.Gaduh salah sit la, gaduh tak mo dok situ la.Macam macam Aznil betul **eh apa kena mengena pula dengan Macam Macam Aznil.  Dengan penuh tiada kesabaran menunggu cerita bermula,mula je cerita Cik Ton dengan penuh tekun menontonnya.Memang best la cerita ni dari mula sampai akhir ada je lawak nya, suka panggilan between Zizan dan Jue Aziz "baby & ucuk,chumel je"

Filem Hantu Bonceng 

Rate : 5 star
Terbitan : Excellent Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Ahmad Idham
Pelakon : Zizan , Jue Aziz, Juliana Evans dan Taiyuddin Bakar


Filem yang berkisarkan kisah seorang pemuda bernama Amran yang gemar berlumba motor drag secara haram. Konflik bermula apabila gadis Bohsia iaitu Maya yang dimenanginya dalam sebuah perlumbaan haram terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia setelah dibonceng oleh Amran. Sejak kejadian itu hidup Amran tidak tenteram kerana sering diganggu oleh hantu Maya yang meminta supaya mayatnya disempurnakan. Amran meminta bantuan kekasihnya, Halimaton serta rakannya Kunyit untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu.
Apakah yang bakal berlaku seterusnya kepada Amran?






No comments: