Jadilah Kawan Chumel Saya

Tuesday, September 13, 2011

Beauty Tips : DIY Masker Buah Buahan

Ada sesapa suka pakai masker kat muka? Angkat tangan,kaki dan kepala lutut anda. Bagus. Ok kali ni Cik Ton  nak share pasal DIY Masker. Home made masker ok. Anda pasti teruja untuk memcubanya ye dak.Tipulah kalau nak mo cuba. Ia akan membuat kulit muka bertambah cerah dan cantik. Ok buah apa yang korang nak Cik Ton buat jadi masker buatan ni. Buah tomato,ceri,epal or durian. ** eh ada ke masker durian 

MENGAPAKAH ANDA PERLU MEMBUAT MASKER PADA WAJAH

1. Dapat menyerap minyak berlebihan pada wajah
2. Memberikan kelembapan pada kulit wajah
3. Menggantikan sel sel kulit mati pada wajah

TIPS MEMBUAT MASKER

1. Pilih masker yang bersesuai dengan kulit wajah anda
2. Apabila anda memiliki kulit yang kering, pilih masker yang mampu melembabkan wajah anda. Begitu juga sebaliknya
3. Pilij juga masker yang mampu menghilangkan kulit mati sekaligus menegengkan kulit anjal
4. Selalu bersihkan wajah secara menyeluruh setelah menggunakan masker untuk mendapatkan kesan maksimum dari masker wajah yang dibuat sendiri dirumah

STRAWBERI


ni kalau dapat cicah cokelat shodap ni

Masker Strawberi

Sebagai buah yang kaya dengan vitamin C, strawberi mempunyai kandungan acid salisilat. Didalamnua turt terkandung vitamin E dan K yang sangat baik untuk kulit. Khasiatnya juga dapat menegangkan kulit muka anda. Pasti kulit anda nampak lebih remaja.

Cara membuatnya dan menggunakannya

- Hancurkan buah starwberi menggunakan sudip atau garfu
-Kemudian ditambahkan dengan 1 sudu teh madu 
-Oleskan pada wajah
-Biarkan selama lebih kurang 20 minit
-Bersihkan dengan air suam atau air mawar.Gunakan  kapas untuk tekstur yang lebih lembut

AVAKADO


x pernak makan pown

Masker Avakado

Avakado amat sesuai untuk kulit kering **macam Cik Ton. Kaya dengan asid amino dan vitamin. Ia bermafaat untuk melembabkan kulit. Anda yang ingin terus mengekalkan keremajaan kulit avakadi adalah yang terbaik untuk dijadikan masker muka.

Cara membuat dan menggunakan

-Hancurkan isi buah avakado
-Oleskan pada wajah selama 30 minit
-Bilas dengan kapas dan air suam untuk membersihkan masker dari wajah anda

PISANG


 kalau sembelit pun ada gunanya

Pisang adlah sejenis buah yang boleh di pelbagaikan menu masakkan . Namun begitu pisang juga boleh bertindak dan memberikan kulit yang sihat. Tahukah anda masker yang diperbuat daripada pisang mampu memberikan kulit wajah yang lembab dan anjal? Anda harus memcubannaya kerana pisang amat mudah dan murah untuk didapati

Cara membuat dan menggunakannya

-Ambil sebiji pisang dan hancurkan buahnya
-Tambah minyak zaitun atau madu oada buah pisang yang dihancurkan 
-Oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 minit
-Bersihkan wajah dengan kapas yang telah dibasahi dengan air suam

EPAL

epal hijau bukan Cik Epal ok

Masker Epal

Kandungan pada epal hijau dapat membantu mengurangkan minyak pada wajah. Anda yang sering kali berhadapan dengan masalah kulit wajah  yang berminyak adalah  lebih baik mengamalkan masker epal buatan sendiri 

Cara membuat dan menggunakan

-Hancurkan buah epal menggunakan masin pengisar. Jangan tambahkan air ketika buah epal dihancurkan
-Secara rata pada wajah dan biarkan selama 30 minit
-Bilaskan dengan air suam. Lihat hasilnya

TOMATO
tomatoman

Masker Tomato

Warnanya yang merah dengan sedikit rasa masam dapat diaplikasikan pada seraut wajah.Tomato mampu memberikan kulit wajah anda agar tampak halus dan mulus

Cara membuat dan menggunakannya

-Hiriskan buah tomato kepada 2 bahagian
-Gosokkan pada wajah
-Cara lain adalah dengan memerah buah tomato ambila airnya untuk dioleskan pada wajah
-Biarka selama 5 minit,kemudian bilas dengan menggunakan air suam 

BETIK


Betik antara sejenis buah yang mampu melancarkan sistem pencernaan. Namun begitu betik juga mampu menrangsangkan sel kulit baru pada wajah dan untuk mengurangi kedutan halus pada seraut wajah. Dalam masa yang sama betik boleh menghilangkan sel kulit mati

Masker Betik

Cara membuat dan menggunakannya

-Ambil sebiki betik yang kekuningan 
-Oleskan secara merata pada wajah selama 15 minit
-Bilaskan dengan air suam dan keringkan wajah anda
  

KREDIT PADA MAJALAH DARA
EDISI 110 - OGOS 2011



3 comments:

...mommy jue... said...

sedap buat makan... nak letak kat muka rasa macam tak sanggup je.. hehe...

...mommy jue... said...

sedap buat makan... nak letak kat muka rasa macam tak sanggup je.. hehe...

Siti Nurazlinda said...

makan lagi sedap ni . tengok pun dah terliur ._.